KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya dalam permohonannya untuk menangguhkan pembayaran lebih RM31 juta kepada keluarga Paderi Raymoh Koh.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mahazan Mat Tain memutuskan demikian selepas mendapati terdapat keadaan khas yang mewajarkan penangguhan itu diberikan.
Pada 5 November 2025, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan wang berkenaan dibayar kepada Raymond yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Harapan Komuniti, selepas membenarkan saman lelaki itu dan isterinya, Susanna Liew, 69 (yang memfailkan saman atas kapasiti peribadi dan litigasi mewakili suaminya).
Hakim Su Tiang Joo dalam penghakiman beliau memutuskan bahawa kerajaan dan polis bertanggungjawab atas kehilangan lelaki itu yang dilaporkan diculik pada 13 Februari 2017.
Dalam keputusannya sebelum ini, Hakim itu memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000 sehari bermula dari 13 Februari 2017, kepada Raymond selaku plaintif pertama sehingga defendan mendedahkan keberadaan lelaki itu.
Hingga kini, jumlah itu sudah mencecah lebih RM32.2 juta.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL – UTUSAN










