PARLIMEN: Kerajaan pertimbang dua sesi prasekolah - PM

Kerajaan pertimbang dua sesi prasekolah – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua sesi bagi prasekolah untuk menangani masalah kesesakan di beberapa buah sekolah terutama di kawasan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut akan segera dilakukan bagi memastikan pendidikan bermutu dapat diberikan kepada semua murid.

Kata beliau, kerajaan sudah menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta bagi memenuhi keperluan pelaksanaan murid enam tahun memasuki darjah satu.

“Memang benar, ada sekolah di bandar mempunyai kepadatan murid sementara banyak sekolah desa, pedalaman kurang murid. Itu memang kenyataan.

“Bagi sekolah-sekolah yang dianggap sesak, KPM akan mengambil penyelesaian melaksanakan persekolahan dua sesi di beberapa sekolah yang mempunyai ramai murid tahun satu dan prasekolah bagi membolehkan pendidikan bermutu diberikan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor) mengenai kesiapsiagaan sekolah yang mempunyai kepadatan murid akan mengalami pertambahan murid tahun satu dan prasekolah selepas mereka memilih persekolahan pada usia lima dan enam tahun mulai tahun depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN