KUALA LUMPUR: Kadar kemalangan di laluan Smartlane sangat rendah dan membuktikan keberkesanan inisiatif itu dalam meningkatkan keselamatan jalan raya. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, analisis pelaksanaan Smartlane di beberapa lokasi menunjukkan keberkesanan ketara dalam meningkatkan keselamatan jalan raya. “Umpamanya laluan Putra Mahkota ke Southville menunjukkan pengurangan sehingga 22 peratus dan di laluan R&R Rawang ke Persimpangan Rawang menunjukkan pengurangan sehingga 74 peratus kemalangan berbanding sebelum pengaktifan…










