KUALA LUMPUR: Sistem Purata Nilai Gred Karakter (i-CGPA) 2.0 akan diperkenalkan semula sebagai usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menilai perkembangan pelajar secara lebih menyeluruh di institusi pengajian tinggi negara. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, I-CGPA 2.0 tidak lagi tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya merangkumi penilaian kemahiran insaniah, etika serta nilai diri bagi melahirkan graduan yang seimbang, berintegriti dan berdaya saing. Katanya, KPT menyasarkan pelaksanaan sistem…










