Papan pemuka perkembangan MA63 dilancarkan - Utusan Malaysia

Papan pemuka perkembangan MA63 dilancarkan

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Portal Papan Pemuka Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilancarkan hari ini bagi membolehkan rakyat memantau perkembangan terkini pelaksanaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, portal dikendalikan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) itu menyediakan akses kepada maklumat latar belakang perjanjian, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) serta status perundingan semasa.

“Portal ini membolehkan orang ramai meneliti perincian berkaitan MA63, latar belakang berhubung kait dengan perjanjian tersebut serta aktiviti BHESS mengenai status perundingan di bawah MA63,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN