Pantai Bachok, Tumpat lokasi risiko lemas

Pantai Bachok, Tumpat lokasi risiko lemas

AHMAD Izram Osman (dua kanan) melihat van jenazah sumbangan Affin Bank kepada Persatuan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pantai di daerah Bachok dan Tumpat dekat sini, dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya kes lemas dengan sepanjang tahun lalu sebanyak lima kes lemas direkodkan di Bachok dan dua kes di Tumpat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata, daerah Bachok membabitkan lima mangsa di empat lokasi pantai iaitu dengan dua kes berlaku di Pantai Kemayang manakala masing-masing satu kes di Pantai Irama, Pantai Kandis dan Pantai Senok.

“Di daerah Tumpat, Pantai Genting turut dikenal pasti sebagai kawasan berisiko apabila merekodkan dua kes lemas dengan satu kematian. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi amaran keselamatan, khususnya ketika beriadah di kawasan pantai yang dikenal pasti berbahaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Sumbangan Kebajikan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat kes kematian direkodkan akibat banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang melanda beberapa negeri sejak 13 November lalu hingga semalam.

Katanya, ia melibatkan kejadian di Tanah Merah, Gua Musang dan Kuala Krai di Kelantan serta satu kes di Sepang, Selangor.UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN