KUALA LUMPUR: Anggota Tentera Darat digesa bertenang dan terus melaksanakan tanggungjawab berikutan perkembangan terkini membabitkan pasukan tersebut. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md. Othman berkata, beliau percaya situasi tersebut boleh dikawal dan sebahagiannya hanya isu terpencil. “Saya percaya keadaan ini kita boleh kawal, sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan sebahagian kecil atau perkara-perkara terpencil. “Namun demikian kita tetap bersatu teguh dan menentukan keselamatan negara terjamin,” katanya ketika ditemui pemberita…










