PETALING JAYA: Persiapan rapi bagi fasa operasi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) amat penting bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima kunjungan Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC), Song Hailiang bersama delegasi yang menumpukan kepada kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan projek ECRL. “Pertemuan ini membincangkan sokongan CCCC terhadap dasar-dasar kerajaan selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13). “Ia juga…










