Negeri Sembilan raih juara bola keranjang Piala Agong

Negeri Sembilan raih juara bola keranjang Piala Agong

LEE Tian Hock (empat dari kiri) dan Chong Wei (tiga dari kanan) meraikan pasukan bola keranjang Negeri Sembilan yang muncul juara Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Piala Agong Ke-65 Tahun 2025, di Seremban, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan mempertahankan gelaran apabila muncul juara Kejohanan Bola Keranjang Kebangsaan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) Piala Agong Ke-65 Tahun 2025, di sini semalam.

Ia merupakan kejayaan kali kelapan secara berturut-turut pasukan itu dalam siri kejohanan tersebut.

Kemenangan itu menjadi lebih bermakna apabila pasukan wanita Negeri Sembilan kembali sebagai juara kategori wanita selepas terlepas kedudukan itu dalam siri kejohanan itu tahun lalu.

Pasukan lelaki Negeri Sembilan menumpaskan Johor, 79-64, dalam perlawanan yang berlangsung di Karisma Arena di sini. Pasukan wanita pula merangkul kejuaraan kali apabila menewaskan Johor, 72-62.

Presiden MABA, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, beliau gembira dengan perjalanan dan prestasi yang ditunjukkan oleh semua pasukan dalam kejohanan tersebut yang berlangsung sejak 16 Januari lalu.

Katanya, setiap pasukan telah menunjukkan kesungguhan dengan cuba mempamerkan permainan yang baik.

“Mutu dan kualiti sukan bola keranjang negara sudah menampakkan peningkatan yang baik. Namun begitu, saya berharap pasukan lain juga akan cuba memberi saingan lebih kuat supaya juara kejohanan ini tidak hanya berlegar pada Negeri Sembilan atau Johor,” katanya.

Pada majlis penyampaian hadiah, bekas pemain badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pemenang utama bersama Tian Hock. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×