KUALA SELANGOR: Kerja-kerja menaik taraf Jalan Bukit Cherakah dekat Puncak Alam kepada enam lorong dua hala dijangka siap pada tahun hadapan. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Shukri Ishak berkata, kerja penaiktarafan itu dilakukan secara berperingkat melibatkan kawasan pembangunan milik tiga pemaju. Katanya, kesesakan yang berlaku ketika ini terutama di persimpangan berhampiran kawasan perumahan LBS Perdana adalah susulan kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan. “Penaiktarafan itu dilaksanakan berdasarkan penilaian impak trafik…










