ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) perlu membuat keputusan rasmi berhubung peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan itu dalam mesyuarat akan datang. Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, meskipun Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah mengumumkan peletakan jawatan berkenaan, namun ia dianggap tidak sah jika mengikut perlembagaan PN. Katanya, jika Mesyuarat Majlis Tertinggi PN membuat keputusan menolak peletakan jawatan itu,…










