KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dimansuhkan. Menurut surat Muhyiddin kepada dua Presiden parti komponen gabungan itu tular di media sosial hari ini, Beliau turut mendakwa Bersatu dan Pas telah mencapai persetujuan untuk memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai sebahagian daripada usaha penstrukturan semula gabungan pembangkang itu. Menurutnya, persetujuan tersebut dicapai dalam satu pertemuan antara beliau dan pimpinan Pas…










