MELAKA: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh bermula pada 12 dan 13 Februari di Mahkamah Tinggi Melaka selepas proses mediasi kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan. Peguam Teresa Kok, Datuk Sankara Nair berkata, keputusan itu dicapai selepas mediasi yang diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Suzana Mokhtar, bagi menyelesaikan saman fitnah tersebut di luar mahkamah tidak…










