Mayat bayi ditemukan dalam bakul sampah tandas

Mayat bayi ditemukan dalam bakul sampah tandas Hentian Yong Peng

LOKASI penemuan mayat bayi lelaki di tandas wanita Hentian Sebelah Yong Peng, Johor, PLUS arah utara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Mayat seorang bayi lelaki ditemukan dalam bakul sampah di tandas wanita Hentian Sebelah Yong Peng, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mayat cukup sifat yang masih bertali pusat dan uri itu ditemukan kira-kira pukul 3 petang.

“Siasatan awal polis dibantu sepasukan pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan (KK) Yong Peng mengesahkan telah dijumpai seorang bayi lelaki cukup sifat dalam keadaan tidak bernyawa.

“Bayi itu dibaluti dengan sehelai baju dan diletakkan dalam bakul sampah di kawasan tandas wanita di hentian berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh berbuat demikian melalui Hotline Polis Kontinjen Johor menerusi talian 07-2212999 atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat di talian 07-4343999. Kes disiasat mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN