PUTRAJAYA: Pendirian negara berhubung isu Venezuela mencerminkan komitmen teguh Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat yang konsisten mempertahankan prinsip keadilan sejagat, undang-undang antarabangsa dan kerukunan global. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Malaysia adalah sebuah negara membangun, pendirian yang diambil tidak pernah tunduk kepada tekanan mana-mana kuasa besar, sebaliknya berpaksikan prinsip negara hukum dan kedaulatan antarabangsa. “Malaysia adalah negara yang bebas dan berdaulat. Kita tunduk kepada prinsip undang-undang, kerukunan…










