Majlis Tertinggi PN esok batal

Majlis Tertinggi PN esok batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan pada esok dibatalkan, sebaliknya ketua empat parti komponen gabungan itu akan mengadakan pertemuan di kediaman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada beberapa sumber dalam parti komponen PN.

Perkara itu dimaklumkan berdasarkan maklumat daripada beberapa sumber parti komponen PN.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika dihubungi, mengesahkan perkara tersebut.

“Ia telah ditukar kepada mesyuarat pra-majlis (PN) di kediaman Muhyiddin,” katanya.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan punca pembatalan mesyuarat berkenaan, yang sepatutnya diadakan di ibu pejabat Gerakan di Cheras pada pukul 8 malam Khamis ini.

Bagaimanapun, menurut satu salinan notis pembatalan mesyuarat yang didakwa dan kini tular di media sosial.

Muhyiddin dilaporkan telah mengeluarkan jemputan berasingan kepada presiden parti-parti komponen PN untuk menghadiri satu mesyuarat pra-majlis di kediamannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN