KUALA LUMPUR: Mahkamah menetapkan 28 Januari depan bagi mendengar keputusan permohonan peguam, Mahajoth Singh untuk mendapatkan kebenaran mahkamah memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mahajoth merupakan peguam bagi ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei Jiann Cheing, 37. Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, peguam N. Surendran yang mewakili Mahajoth memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan arahan yang dikeluarkan oleh SPRM. Menurut peguam itu, arahan…










