MIRI: Lelaki yang hilang setelah keluar memburu di Kampung Sepurau, Bekenu di sini sejak Ahad lalu ditemukan meninggal dunia, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 41 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 10.40 pagi. “Mayat mangsa dijumpai di kawasan hutan pada jarak kira-kira 150 meter dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan. Katanya mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan…










