JOHOR BAHRU: Lapan pelancongan asing merupakan antara 55 individu yang diberikan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) kerana membuang sampah kecil merata-rata di sekitar Johor, sejak awal tahun. Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Zainal Fitri Ahmad berkata, langkah drastik diambil bagi memastikan kebersihan pengangkutan awam dan gerbang utama ke pusat bandar raya berada pada tahap tertinggi. Katanya, budaya membuang sampah yang mencemarkan imej negeri perlu dihapuskan memandangkan…







