KUALA LUMPUR: Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) perlu disandang oleh ketua parti terbesar dalam gabungan iaitu Pas selaras dengan struktur dan amalan kepimpinan politik. Pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, isu kepimpinan PN tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan struktur dalaman gabungan dan memberi kesan langsung terhadap keyakinan penyokong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). “Bagi saya, tidak wajar seseorang berada…










