JASIN: Daerah ini sekali lagi dikejutkan dengan penemuan bom lama era Perang Dunia Kedua (WWII) apabila sebutir bom jenis Aerial ditemui di kawasan kebun Felda Bukit Senggeh, Nyalas, tengah hari semalam. Penemuan bom lama itu merupakan kes kedua di daerah ini dalam tempoh kurang dua minggu. Pada 15 Januari lalu, sebutir bom lama era Perang Dunia Kedua seberat 227 kilogram ditemukan di tapak Projek Golden Valley, Kampung Air Panas Bemban…










