ALOR GAJAH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima banyak permohonan daripada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan swasta untuk didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Ketua Setiausaha KPM, Datuk Aminuddin Hassim berkata, peningkatan permohonan itu didorong oleh kelebihan bantuan modal fizikal, guru terlatih dan pentadbiran yang disediakan oleh kerajaan. Menurutnya, setakat ini jumlah SABK terdapat di seluruh negara kini bertambah sebanyak 234 buah sekolah yang telah diluluskan…










