Keciciran: Sekolah, ibu bapa, komuniti perlu pastikan anak ke sekolah

Keciciran: Sekolah, ibu bapa, komuniti perlu pastikan anak ke sekolah

Keciciran
FADHLINA Sidek menyerahkan sumbangan alat tulis kepada murid darjah satu SJK (C) Ladang Regent, Elmina, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sekolah bertanggungjawab memastikan kehadiran murid ke dan mengesan mereka yang tidak dapat memulakan sesi persekolahan walaupun sudah mendaftar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sekolah bertanggungjawab meneliti dan menyemak rekod pendaftaran dan kehadiran serta memastikan keberadaan murid-murid.

Kita ada program Ziarah Cakna untuk memastikan murid hadir ke sekolah. Isu keciciran murid memang kita tangani sepanjang masa. Jadi ia adalah berterusan untuk pastikan tiada keciciran berdasarkan rekod (sekolah).

Selain itu, tanggungjawab itu selain diperingkat pentadbir ia turut dipikul oleh ibu bapa serta komuniti untuk memastikan sama-sama menangani masalah keciciran,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) (Cina) Ladang Regent, Elmina, hari ini.

Selain itu, beliau turut mengulas masalah anak-anak yang tidak dapat ke sekolah berikutan masalah tiada dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran atau MyKid.

Menurutnya, ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak mereka berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan mereka dapat ke sekolah.

“Kena daftarlah, kena usahakan. Jadi, kita gesa ibu bapa sama-sama ambil tanggungjawab untuk memudahkan persekolahan anak-anak kita khususnya berkaitan dokumen pengenalan diri.

“Selain itu, saya juga melihat JPN juga mempunyai komitmen untuk memastikan isu-isu pendaftaran (kelahiran) dapat disegerakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN