Kilang e-waste sogok penguat kuasa sehingga RM50,000 sebulan

Kilang e-waste sogok penguat kuasa sehingga RM50,000 sebulan

PEKERJA kilang melakukan kerja pemprosesan sisa elektronik ketika Ops Ewaste di Teluk Gong, semalam. – UTUSAN/Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ada kilang mem­proses e-waste di­percayai menyogok pegawai pe­nguat kuasa antara RM2,000 hingga RM50,000 sebulan bagi membolehkan premis tersebut menjalankan kegiatan mereka.

Lebih malang, aktiviti itu dikesan terus beroperasi sejak beberapa tahun lalu walaupun sudah berada dalam pengawasan agensi terlibat.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam kilang di Selangor dan sebuah di Ne­geri Sembilan menerusi Op Nature.

Utusan Malaysia yang mengikuti operasi itu di Selangor mendapati, premis haram itu berperanan melerai, memproses dan melebur e-waste yang diseludup tanpa mengikut spesifikasi dite­tapkan.

Sindiket turut dipercayai meng­­gajikan warga asing yang me­netap di kilang tersebut, se­ka­li gus me­nimbulkan isu kese­lamatan.

Antara kesalahan disyaki tiada lesen premis, selain beroperasi tanpa kebenaran bertulis dan tiada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Serbuan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan beberapa pihak berkuasa tempatan itu, mereka menahan enam individu disyaki pemilik premis dan orang te­ngah, lingku­ngan usia 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan oleh SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd. Azwan Ramli berkata, mereka akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009 dan peruntukan undang-undang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN