Kesalahan libatkan kenderaan berat antara 10,815 kompaun dikeluar MPSepang

Kesalahan libatkan kenderaan berat antara 10,815 kompaun dikeluar MPSepang

Kesalahan libatkan kenderaan berat antara 10,815 kompaun dikeluar MPSepang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kes kesalahan melibatkan kenderaan berat antara 10,815 kompaun yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) melalui12,156 tindakan penguatkuasaan pada tahun lalu.

Yang Dipertua MPSepang, Dr. Ani Ahmad berkata, kes kenderaan berat itu melibatkan sebanyak 493 kompaun melalui tiga siri operasi bersepadu yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Selain itu, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan turut merangkumi penyitaan terhadap premis perniagaan, penjaja, kenderaan buruk, kenderaan tunda, iklan serta lori sampah di kawasan pentadbiran majlis.

“Penguatkuasaan turut melibatkan tindakan menunda 2,224 kenderaan yang didapati meletakkan kenderaan di luar petak parkir meliputi kawasan Cyberjaya, Dengkil dan Bandar Baru Salak Tinggi.

“Sepanjang tahun lalu, MPSepang melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dan memastikan persekitaran yang lebih teratur serta selamat untuk masyarakat,” katanya selepas Mesyuarat Penuh Ahli-Ahli Majlis MPSepang 1/2026, di sini.

Dalam pada itu, Ani berkata, MPSepang menjangkakan hasil kutipan cukai dan hasil bukan cukai mencecah sekitar RM200 juta bagi tahun ini.

Menurutnya, sehingga Disember tahun lalu, prestasi kewangan mencatatkan hasil sebenar sebanyak RM269 juta, melepasi anggaran tahunan RM232 juta dengan kadar kutipan mencecah 116 peratus, sekali gus mencerminkan pengurusan kewangan yang berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN