ANKARA: Kerjasama startegik Malaysia dan Turkiye bakal memberi manfaat perdagangan bernilai sekitar RM47 bilion (AS$10 bilion) untuk kedua-dua buah negara, kata Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai pada lawatan beliau ke negara itu yang berakhir semalam dan ia dilihat realistik selepas mengambil kira kekuatan ekonomi Turkiye serta pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia yang kini menjadi tumpuan pelaburan bernilai tinggi. “Sasaran AS$10 bilion (RM47 bilion) itu sebenarnya bukan…









