PORT DICKSON: Kehadiran pemandu prebet sapu dipercayai warga asing yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan secara haram di sekitar jeti Port Dickson semakin berleluasa dan menekan pendapatan pemandu teksi berlesen tempatan. Pemandu teksi, Rahimi Said, 58, berkata aktiviti itu berlaku hampir setiap hari terutama ketika ketibaan feri yang membawa ratusan penumpang, sekali gus menyebabkan pelanggan disambar lebih awal oleh pemandu tidak berlesen berkenaan. Menurutnya, pemandu prebet sapu lazimnya menunggu di pintu pagar…










