PETALING JAYA: Tempoh menunggu bagi mendapatkan rawatan gigi di klinik kerajaan didakwa mencecah sehingga setahun sekali gus mencetuskan rungutan pengguna apa bila mereka terpaksa beralih ke klinik swasta dan menanggung kos rawatan yang jauh lebih tinggi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sistem temu janji di beberapa klinik pergigian kerajaan sering menawarkan tarikh rawatan yang lewat, sekali gus menyukarkan pesakit yang mengalami kesakitan untuk mendapatkan rawatan segera. Semakan di beberapa klinik swasta…










