PARLIMEN: 200 klinik, 16 hospital guna sistem rekod perubatan elektronik

PARLIMEN: 200 klinik, 16 hospital guna sistem rekod perubatan elektronik

LUKANISMAN AWANG SAUNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) akan diperluaskan ke 200 klinik kesihatan pada tahun ini serta 16 hospital lagi pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, peluasan itu seiring dengan visi kerajaan iaitu ‘satu individu, satu rekod’ yang bertujuan mempercepatkan proses pendigitalan sektor kesihatan negara.

“Setakat ini, sistem EMR telah digunakan di 22 daripada 150 hospital, 275 daripada 1,118 klinik kesihatan dan 78 daripada 682 klinik pergigian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) mengenai status pelaksanaan EMR dan keberkesanannya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan.

Dalam pada itu, Lukanisman berkata, pelaksanaan Clinical Management System (CCMS) berasaskan awan telah melonjakkan tahap pendigitalan di klinik kesihatan sehingga 150 peratus dengan memanfaatkan infrastruktur EMR sedia ada.

Lukanisman berkata, pengenalan CCMS turut berjaya mengurangkan masa menunggu pesakit dengan ketara.

“Data menunjukkan 70 peratus pesakit berpeluang berjumpa pegawai perubatan dalam tempoh 30 minit, manakala baki 30 peratus lagi dilayan antara 60 hingga 90 minit, bergantung kepada tahap keseriusan kes dan beban kerja klinik.

“CCMS terbukti berkesan mempercepatkan proses pendaftaran, triage dan pengurusan pesakit sekali gus mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kepuasan pesakit.

“Sistem itu juga membolehkan perkongsian data yang lebih baik antara fasiliti kesihatan bagi memastikan kesinambungan rawatan, selain meminimumkan risiko kehilangan rekod manual serta meningkatkan ketepatan dan keselamatan maklumat pesakit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN