KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan melaksanakan rombakan berskala besar terhadap Pelan Anti Rasuah kementerian itu bagi membanteras rasuah serta segala bentuk penyalahgunaan kuasa yang berakar umbi dalam sistem pertahanan negara, khususnya melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah tersebut merangkumi semakan dan penambahbaikan menyeluruh terhadap semua proses tender dan perolehan agar selaras dengan amalan terbaik. “Rasuah atau persepsi terhadap rasuah dalam apa jua…










