PETALING JAYA: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mesti ditanggap dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai amanah rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amanah tersebut menuntut kepemimpinan yang berintegriti, tahap khidmat yang berkesan serta keupayaan menyantuni keperluan masyarakat secara inklusif dan berterusan. Katanya, keputusan PRK berkenaan mencerminkan keyakinan rakyat yang berterusan terhadap usaha, khidmat dan komitmen yang telah…










