PETALING JAYA: Semua kanak-kanak berusia enam tahun perlu mendapat peluang sama rata untuk memulakan pembelajaran formal di Tahun Satu tanpa perlu melalui ujian diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan sekolah rendah. Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, pelaksanaan ujian bagi membezakan murid layak atau tidak layak memasuki sekolah adalah tidak wajar kerana memasuki Tahun Satu merupakan prinsip dasar pendidikan awam. “Apabila…










