Agmo lancar SME Hero AI, diiktiraf Rekod ASEAN dan Asia

Agmo lancar SME Hero AI, diiktiraf Rekod ASEAN dan Asia

TAN Aik Keong (empat dari kanan) bergambar selepas menerima ASEAN Records dengan dua pengiktirafan utama iaitu Rekod ASEAN dan Rekod Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AGMO Holdings Berhad (Agmo) melancarkan SME Hero AI, sebuah platform kecerdasan buatan (AI) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Pelancaran platform dari syarikat penyedia penyelesaian digital dan pembangunan aplikasi tempatan itu mengautomasikan operasi, membuat keputusan berasaskan data serta berkembang secara selamat dalam ekonomi digital.

SME Hero AI turut diiktiraf oleh ASEAN Records dengan dua pengiktirafan utama iaitu Rekod ASEAN dan Rekod Asia, sekali gus mengukuhkan kedudukan Agmo sebagai peneraju inovasi AI tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Agmo Holdings Berhad, Tan Aik Keong berkata, pengiktirafan daripada ASEAN Records membuktikan komitmen syarikat dalam membangunkan penyelesaian AI yang direka khas untuk keperluan Malaysia.

“Kami berbesar hati SME Hero AI menerima pengiktirafan di peringkat ASEAN dan Asia. Dengan menggabungkan infrastruktur awan berdaulat Malaysia, pengetahuan pakar tempatan dan pengawasan manusia, kami membangunkan platform AI yang boleh diterima pakai oleh perniagaan tempatan dengan penuh keyakinan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, aspek kemampuan kos adalah kunci kepada kadar penggunaan AI dalam kalangan PMKS.

“Dengan harga yang berpatutan, kami mahu mendemokrasikan akses kepada AI dan membantu lebih banyak PMKS meningkatkan produktiviti, daya tahan serta pertumbuhan jangka panjang,” katanya

Pengiktirafan Rekod ASEAN diberikan di bawah kategori “Platform AI PMKS Pertama ASEAN Dikuasakan Gabungan Pangkalan Data Pakar Tempatan yang Dihoskan di Infrastruktur Berdaulat Berasaskan Malaysia”.

Dalam pada itu, Rekod Asia dianugerahkan bagi kategori “Platform AI PMKS Pertama Asia yang Mengintegrasikan Pengetahuan Proprietari Rakan Pakar Merentas Pelbagai Domain Perniagaan di Infrastruktur Awan Berdaulat Malaysia”.

SME Hero AI dibangunkan dan digunakan sepenuhnya di atas infrastruktur awan yang berpangkalan di Malaysia bagi menangani cabaran utama PMKS dalam penggunaan AI, termasuk kebimbangan keselamatan data, kekurangan penyelesaian setempat serta akses terhad kepada aplikasi AI yang praktikal dan bersedia untuk perniagaan.

Platform itu memberi tumpuan kepada pangkalan pengetahuan pakar tempatan, integrasi sistem tempatan serta pengawasan manusia bagi memastikan output AI kekal tepat dan selari dengan persekitaran kawal selia serta amalan perniagaan di Malaysia.

Dari segi kebolehcapaian kos, SME Hero AI ditawarkan pada harga bermula serendah RM20 sebulan bagi setiap pengguna, sekali gus membolehkan PMKS mengakses keupayaan AI bertaraf perusahaan tanpa memerlukan pelaburan awal yang besar.

Selain itu, SME Hero AI memperkenalkan beberapa ciri unik yang disesuaikan untuk syarikat tempatan, termasuk siri Podcast Bajet 2026 yang menyediakan ringkasan AI mengenai sokongan dasar kerajaan terhadap pertumbuhan dan daya saing PMKS selaras dengan prinsip Ekonomi Madani.

SME Hero AI memanfaatkan rangkaian kolaborator profesional tempatan Agmo seperti YYC taxPOD, BossBoleh, JomeInvoice, Low & Partners dan Kakitangan.com, sekali gus memastikan kepakaran cukai, perundangan, perakaunan serta sumber manusia dapat digabungkan ke dalam platform secara menyeluruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×