MUNICH: Harry Kane berjaya menamatkan kemarau jaringan dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit untuk membantu Bayern Munich menewaskan Union Saint-Gilloise 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Keputusan itu juga memastikan Bayern mara ke pusingan kalah mati walaupun masih mempunyai satu perlawanan berbaki.
Penyerang England itu membuka tirai jaringan menerusi tandukan hasil sepakan sudut Michael Olise pada minit ke-52.
Kane menambah gol kedua peribadinya menerusi sepakan penalti tiga minit kemudian selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti.
Kane, yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan, kini mendahului carta penjaring kejohanan dengan tujuh gol.
Dia hampir melengkapkan hatrik pada minit ke-80 namun sepakan penalti keduanya hanya singgah di palang gol.-AFP










