Kami bernikah secara sah, ikut hukum ikut syarak - Dr. Sariman

Kami bernikah secara sah, ikut hukum ikut syarak – Dr. Sariman

DR. SARIMAN (kiri) bersama Chegu Bard ketika sidang media mengenai isu membabitkan Presiden PUSPAHANAS Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Hafizuddien Jantan dan kes rasuah sebuah syarikat dikaitkan dengan Janawibawa di Restoran Syed Bistro , Jalan Dang Wangi. Foto : Saddam Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dr. Sariman Bakar menegaskan bahawa status perkahwinan beliau dan isterinya, Dasyarina Sharilah Daud masih sah kerana berkahwin mengikut hukum syarak.

Beliau menjelaskan, rumah tangganya berdepan spekulasi berikutan penularan gambar dan dakwaan melibatkan isterinya dengan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Menurutnya, beliau dan Dasyarina telah bernikah secara sah di luar negara pada 25 Februari tahun lalu dengan ayah Dasyarina iaitu Daud Taib, sebagai wali.

“Kenyataan dibuat bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak tetapi bagi menjelaskan keadaan sebenar dan menuntut keadilan terhadap dirinya.

“Saya dan isteri terlibat dalam beberapa urusan perniagaan dan melalui salah satu projek itu, isteri saya berkenalan dengan Datuk Sabri. Selepas itu, saya melihat perubahan ketara pada sikap isteri,” katanya sewaktu sidang akhbar berkenaan pendedahan penting melibatkan isu kepentingan awam dan integriti nasional di Restoran Syed Bistro, di sini hari ini.

Tambah Dr. Sariman, dirinya mendakwa telah menemui mesej yang mengandungi unsur mesra antara kedua-duanya sebelum beliau membuat semakan lanjut.

Katanya, beliau mengesyaki Sabri telah mendaftar masuk ke sebuah hotel menggunakan nama dan pangkat tentera, selain terdapat rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipercayai menunjukkan mereka memasuki bilik yang sama.

“Beberapa percubaan menghubungi Sabri tidak membuahkan maklum balas memuaskan, menyebabkan beliau menghantar surat tuntutan (LOD), namun jawapan diterima dianggap masih tidak memadai.

“Susulan itu, saya mendapatkan bantuan pihak ketiga untuk membawa perkara tersebut ke perhatian umum.

“Saya tidak pasti dari mana bahan-bahan itu diperoleh, tetapi saya boleh mengesahkan gambar, rakaman CCTV dan dokumen tersebut adalah asli, bukan palsu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita yang didakwa dikaitkan dengan Presiden Puspahanas, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkait isu integriti dan urusan peribadi, tampil menafikan perkara itu.

Dasyarina berkata, penjelasan itu dibuat secara sukarela bagi membersihkan nama, keluarga dan syarikatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN