JPJ tawar siri no plat FH, bidaan melalui JPJeBid bermula Ahad

JPJ tawar siri no plat FH, bidaan melalui JPJeBid bermula Ahad

AEDY Fadly Ramli (tengah) melancarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘FH’ sempena Hari Wilayah Persekutuan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sempena sambutan rasmi Hari Wilayah Persekutuan 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) dengan tanda indeks siri ‘FH 1 hingga FH 9999’ menerusi Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Dalam Talian (JPJeBid) bermula Ahad ini.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, proses bidaan awam yang dibuka bermula Ahad akan berakhir pada pukul 10 malam, Khamis depan.

“Pengenalan nombor pendaftaran ‘FH’ adalah sangat signifikan sebagai salah satu simbolik bagi memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta menghargai peranan dan sumbangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dalam pembangunan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, tarikh keputusan bagi bidaan awam itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran ditutup iaitu pada 6 Februari.

Jelasnya, harga bidaan dalam sistem JPJeBid adalah mengikut harga yang telah ditetapkan iaitu nombor bernilai utama (Golden) pada harga minima RM20,000, diikuti nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500), nombor popular (RM500) dan nombor biasa (running) pada harga RM300.

“Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan melalui sistem JPJeBid.

“Mana-mana nombor pendaftaran yang telah berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan,” ujarnya.

Justeru, beliau amat mengalu-alukan orang awam untuk menyertai bidaan nombor pendaftaran tersebut sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN