ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sudah mengarahkan aktiviti penambakan di tanah perkuburan Islam sebuah masjid dekat Bedong, Kuala Muda dihentikan serta-merta. Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Ghani Zainuddin berkata, aktiviti itu ditangguhkan bagi meneliti terlebih dahulu permohonan daripada pihak pengurusan masjid berkenaan untuk melakukan kerja penambakan di kawasan terlibat. “Kita sudah menangguh dahulu aktiviti penambakan kerana JHEAIK perlu mengambil tindakan sewajarnya. Banyak langkah yang perlu dibuat dan…










