BANGI: Institusi pendidikan di Malaysia harus mengambil peluang penganjuran Minggu Al-Quds Sedunia sebagai medium mendidik generasi muda agar memahami kepentingan sebenar Masjidil Aqsa serta perjuangan membebaskan Palestin. Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa Pas Pusat, Dr. Halimah Ali berkata, sambutan yang berlangsung bersempena peristiwa Israk dan Mikraj itu seharusnya dimanfaatkan bagi menyemai penghayatan terhadap roh perjuangan Al-Quds dalam kalangan umat Islam. “Institusi pendidikan khususnya sekolah perlu memberi penekanan kepada isu…










