SEREMBAN: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak lelakinya dengan cara yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal di sebuah pangsapuri di Nilai di sini. Tertuduh, Dayang Norshida, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, antara September tahun 2025 hingga awal Januari ini, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak tersebut yang berusia 10 tahun dengan cara yang mungkin akan…










