Padah curi tabung masjid, 3 lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM4,000

Padah curi tabung masjid, 3 lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM4,000

K. Tineshuaran, R. Nishanraj dan SR. Danesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas penuduhan mencuri tabung sebuah masjid, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga sekawan menerima padah apabila dipenjara enam bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mencuri tabung masjid pada bulan lalu.

Hukuman tersebut diputuskan oleh Majistret  Muhammad Syafiq Sulaiman terhadap tertuduh K. Tineshuaran, 26; R. Nishanraj, 22 dan SR. Danesh, 27, yang mengaku melakukan perbuatan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atas mereka.

Hukuman penjara itu diperintahkan bermula hari ini dan tempoh itu ditambah dua bulan jika masing-masing gagal membayar denda RM4,000.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh berusia 17 tahun dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan hukuman akan dimuktamadkan selepas laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 28 April nanti.

Keempat-empat tertuduh didakwa  bersama-sama mencuri tabung besi kepunyaan Masjid Seksyen 7 tanpa izin yang bernilai RM2,000, kira-kira pukul 4 pagi pada 22 Februari. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Khawarizmi Azfar mengemukakan pertuduhan Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Dalam pada itu, peguam Swinder Singh dan Ashrul Haikal memohon hukuman bagi tiga anak guamnya itu ditangguhkan sebelum mengemukakan rayuan pengurangan hukuman di Mahkamah Tinggi. 

Mahkamah bagaimanapun menolak ekoran tiada keadaan khas untuk tujuan tersebut.  

Sebelum ini, kelicikan empat pencuri melarikan tabung Masjid Kristal, Seksyen 7, di sini dilaporkan akhirnya tumpas apabila ditangkap di sekitar Seksyen 13, di sini selain di hadapan Sky Suite KLCC, Arte Subang West serta sebuah pangsapuri di Desa Tanjung, Seri Kembangan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut mahu pelaku kes curi tabung masjid dikenakan tindakan tegas dan setimpal berlandaskan undang-undang kerana mencemarkan kesucian rumah Allah dan mengkhianati amanah umat Islam. 

Baginda bertitah, kejadian kecurian itu dipandang serius tanpa mengira sesiapa pun dalang di sebaliknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×