PUTRAJAYA: Ibu bapa disaran hadir sendiri ke sekolah untuk mengambil agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), bagi memastikan penyerahan wang bantuan itu sampai kepada penerima yang sepatutnya. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Ahmad Suhaimi Endut berkata, penyaluran wang bantuan itu telah dilakukan sejak minggu lalu dengan pengagihan dijangka bermula pada hari ini, namun bergantung kepada tahap persediaan setiap sekolah. “Duit sudah dimasukkan sejak minggu lepas. Jadi kalau ada…










