Halalkan hutang bapa Puteri Balqis, Michael Ang terima pujian netizen - Utusan Malaysia

Halalkan hutang bapa Puteri Balqis, Michael Ang terima pujian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya sudah lupakan dan halalkan.”

Demikian penjelasan Michael Ang mengenai tindakan bapa pelakon Puteri Balqis yang belum membayar balik wang yang dipinjamnya daripada pengarah itu.

Menurut Michael, dia sudah melupakan perkara itu, justeru meminta Puteri Balqis agar berhenti meminta maaf kepadanya.

“Kepada Balqis, tak ada apa salah atau perlu minta maaf kepada saya, sebab tak ada apa-apa pun.
Salah faham sahaja itu.

“Kalau anda cakap pasal isu bapa anda pinjam (wang) daripada saya pun saya sudah lupakan dan halalkan sahajalah

“Jadi tak ada apa-apa, semua berbaik-baik okey!” tulisnya di Instagram.

Michael dalam masa yang sama meminta agar Puteri Balqis dan ibunya melupakan isu hutang tersebut.

“Selepas saya tahu apa yang kamu lalui, apa yang dia (bapa Puteri Balqis) lakukan kepada kamu, lupakan,” ujarnya.

Puteri Balqis menerusi ruangan komen hantaran tersebut memaklumkan tidak tahu menahu mengenai tindakan bapanya yang meminjam duit daripada Michael.

“Saya dan ibu tak pernah tahu yang bapa kandung saya pernah pinjam wang daripada pakcik.

“Boleh pakcik maklumkan berapa jumlah dan kami akan bayar balik,” tulisnya.

Netizen dalam pada itu melayangkan puji atas kebaikan Michael yang sanggup melupakan tentang isu pinjaman tersebut kerana simpati terhadap keadaan Puteri Balqis dan ibunya.

“Michael, banyaknya amalan anda. Semoga Allah murahkan rezeki anda, beri anda kesihatan yang baik,” komen netizen. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN