PETALING JAYA: Syarikat pengedar dan peruncit produk makanan terkemuka, Guan Huat Seng Holdings Berhad (GHS Holdings) secara rasminya memulakan langkah sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, meskipun mencatatkan permulaan perlahan pada sesi pembukaan dagangan. Kaunter itu dibuka pada harga 24 sen, susut satu sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) iaitu 25 sen sesaham. Setakat pukul 9.30 pagi, saham GHS diniagakan serendah 23 sen sebelum kembali berada pada…










