‘Geng pukau’ ajak sembang sebelum samun

‘Geng pukau’ ajak sembang sebelum samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegiatan licik kumpulan dipercayai ‘geng pukau’ yang memperdaya mangsa sebelum melarikan barang berharga terbongkar susulan penahanan empat individu pada Isnin lalu.

Kesemua suspek, warga Iran berusia 18 hingga 35 tahun, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati dua suspek adalah adik-beradik manakala dua lagi mempunyai hubungan persaudaraan.

“Taktik kumpulan ini adalah berinteraksi dengan mangsa bagi mendapatkan maklumat berkaitan mata wang asing sebelum mangsa dipercayai menjadi khayal dan menyerahkan barang berharga mereka.

“Setakat ini, empat kes telah dikenal pasti dengan kejadian terbaharu berlaku pada 9 Januari lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Cheras di sini.

Fadil berkata, semakan awal mendapati semua suspek memasuki Malaysia pada Jun tahun lalu, dengan jumlah kerugian mangsa dianggarkan melebihi RM30,000. Kesemua suspek masih dalam tempoh reman dan dijangka akan dituduh minggu hadapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×