JOHOR BAHRU: Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Ke-28 yang akan dianjurkan pada 4 hingga 8 Februari depan menyasarkan kehadiran sehingga satu juta orang pelancong. Presiden Majlis Pelayang Malaysia, Datuk A. Rahim Nin berkata, sasaran tinggi tersebut diletakkan susulan penganjuran sambutan Tahun Melawat Johor 2026 dan juga sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026. Katanya, pelbagai usaha promosi melalui kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Tourism Johor sedang giat dilaksana.…










