SIPITANG: Empat sekeluarga terselamat apabila bahagian dapur rumah didiami di PMP Baru Sipitang, kira-kira sembilan kilometer dari sini, runtuh akibat kejadian tanah runtuh, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, semua mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak berada di bahagian dapur ketika kejadian berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan…










