Penambahbaikan SARA lebih tersusun, bersasar – Anwar

Penambahbaikan SARA lebih tersusun, bersasar – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula hari ini, seramai 3.1 juta individu bujang mula menikmati manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan secara terus ke dalam MyKad masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan inisiatif SARA kali ini dirangka dengan komitmen tinggi bagi memastikan keperluan asas rakyat dapat dipenuhi secara lebih teratur, tepat sasaran dan berterusan.

Katanya, usaha itu selari dengan tekad Kerajaan Madani dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai rakyat.

“Lebih daripada sekadar bantuan tunai, inisiatif ini turut memberi nafas baharu kepada ekonomi tempatan.

“Penyertaan kedai-kedai kecil dalam rangkaian SARA diperluaskan kepada 10,000 premis di seluruh negara, agar kekayaan negara tidak berlegar di pusat semata-mata, tetapi mengalir kembali kepada peniaga kecil di bandar, di pekan dan di desa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Anwar, kerajaan akan terus memperkukuh jaringan perlindungan sosial bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir atau tercicir dalam memenuhi keperluan asas kehidupan.

“Inilah semangat Madani yakni kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, melangkah bersama membina masa depan negara berteraskan keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk semua, selaras dengan aspirasi Kerangka Ekonomi Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN