Empat ahli Parlimen pembangkang saman Anwar

Empat ahli Parlimen pembangkang saman Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak bersetuju dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) berkata, beliau bersama tiga lagi ahli Parlimen pembangkang sudah memfailkan saman pemula terhadap Anwar dan kerajaan Persekutuan pada 19 Januari lalu.

Katanya, tindakan itu bukan bersifat politik tetapi ingin memastikan kedaulatan Malaysia dan Perlembagaan dipelihara.

“Persoalan utama ialah sama ada ART itu dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, menghormati peranan Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong. Malah, perjanjian ini juga melibatkan isu strategik seperti unsur nadi bumi.

“Maka timbul persoalan sama ada perkara ini telah dirujuk kepada Majlis Raja-Raja serta melibatkan kerajaan negeri dan Menteri-Menteri Besar. Mengapa Perdana Menteri menandatangani ART tanpa mendapat perkenan Seri Paduka atau melalui satu rang undang-undang (RUU) di Parlimen selaras dengan Perkara 69 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sebelum ini menegaskan tiada klausa dalam ART yang membenarkan pihak luar melangkaui undang-undang mahupun peraturan domestik Malaysia.

Malah, kementerian itu berkata, perjanjian berkenaan tidak menjejaskan kedaulatan ekonomi dan perlindungan industri domestik.

Jelasnya, ART tidak mengikat Malaysia kepada sebarang komitmen komersial atau pelaburan secara paksa, sebaliknya memberi peluang kepada eksport dan pelaburan melalui mekanisme serta dasar yang saling, menguntungkan tanpa mengorbankan autonomi dasar ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN