PETALING JAYA: Amalan kutipan hutang oleh ejen bank yang didakwa melanggar etika bukanlah kes terpencil dan ia amat memberi kesan emosi kepada peminjam. Presiden Pertubuhan Gandingan Gerak Pengguna Malaysia, Datuk Sheeda Romli berkata, majoriti aduan diterima melibatkan gangguan berterusan melalui panggilan telefon, mesej serta ugutan palsu yang menggunakan nama peguam, polis dan institusi kewangan. Katanya, walaupun tiada unsur keganasan fizikal dilaporkan setakat ini, tekanan emosi yang dialami mangsa disifatkan jauh…










