TANAH MERAH: Air mata seorang ibu tumpah menyaksikan keterujaan tiga anaknya mengenakan pakaian sekolah baharu selepas hampir dua tahun ke sekolah dengan seragam lusuh dan kasut koyak akibat kesempitan hidup. Bagi Reha Ghazali, 35, kegembiraan anak-anaknya menerima bantuan persekolahan bukan sekadar soal pakaian baharu, sebaliknya lambang kelegaan selepas bertahun-tahun bergelut menyediakan keperluan asas keluarga. Pendapatan suaminya, Muhamad Hazlin Rosli, 37, tukang mesin rumput dengan upah RM45 sehari, menjadikan perbelanjaan hampir…










